»

Monday, September 15, 2008

APLIKASI B.O.S ... - 2

11,12 an 13 September 2008 kami berkumpul di SSI untuk menyiapkan tugasan yang diamanahkan.walaupun masih kabur engan konsep B.O.S ini, berkat perbincangan dan pembacaan serta buku pendua yang jadi sumber rujukan, penulisan berjalan dengan lancar.Cuma sesekali kami buntu untuk mencari istilah yang sesuai dan tepat unuk diguna-pakai.

Seperti penulisan sebelum ini carta, graf dan data-data perlu dimasukkan dalam penulisan.Kami rasa benar-benar teruji apatah lagi dalam bulan Ramadhan yang penuh berkah ini. Maklumlah kami semua ni bukan mahir sangat menggunakan excel .. Kami hanya berhenti rehat untk menunaikan solat zohor sahaja, tugasan segera disambung.
Penulisan pada 11 Sept siap kira-kira 70% sahaja.

12 sept dipenuhkan dengan aktiviti membuat suntingan penulisan dan powerpoint.Selepas solat Jumaat, Hj Khalid datang semula dan membaca penulisan yang telah dibuat selam 2 hari itu.Kemudian Pn.Salleha pula datang dan membuat beberapa pembetulan.

Hari Sabtunya kami bercadang untuk pulang jam 1.00 tengahari, tetapi niat hati tak kesampaian apabila banyak lagi perkara yang perlu diperhalusi. Selepas bertungkus lumus dan membuat aktiviti cosmetic keatas darft terakhir, penulisan berakhir pada jam 3 petang.

Memandangkan Tn.Hj.Khalid tiada bersama pada hari berkenaan kerana ada urusan penting, kami akan menyampaikan draf akhir penulisan itu melalui e-mailnya.

Walaupun kami agak tertekan dengan tugasan yang diberi tetapi banyak pengalaman manis yang dapat dikongsi bersama rakan-rakan...

Kepada Pn.Halijah Ariffin-Penyelia Petang SSI,Pn.Wan Roselinda Wan Jaafar-Penyelaras KRK EC,Pn.Sarimah M.Noor-Guru BM SMK Tasek Utara,En.Iqramudy Sumin-Pembantu Penyelaras KRK SMK Tasek Utara dan teristimewa buat Pn.Hajah NoorHashimah Zubir-Penyelaras KRK SMK Gelang Patah, yang mencipta tagline KRK untuk penulisan ini.... doa kupanjatkan ke hadrat Illahi agar kalian sentiasa dilindungi dan diberkati sepanjang hayat.Amin.

Tidak lupa salam persahabatan buat Cik Navinder Kaur dari SIGS dan Pn.S.Daisy Irani dari SMK Mutiara Rini yang sama-sama menghasilkan satu penulisan sebelum ini, yang saya kira sangat ilmiah sehingga terhasilnya," FORGING THE 21st CAPITAL: MALAYSIAN SPECIAL EXCELLENT CLASS PROGRAMME".

APLIKASI B.O.S. DI KRK JOHOR.

10 SEPT 2008, adalah kali pertama beberapa orang antara kami mengenali istilah B.O.S.Selepas solat zohor kami memulakan pembacaan untuk mendalami apa yang dimaksudkan dengan B.O.S dan sekaligus memulakan first drart untuk penulisan kali ini.

Perjumpaan pada hari itu ditamatkan pada pukul 5 petang.Kami membuat sumbangsaran idea dalam bentuk peta minda mengenai strategy canvas, the 6 principles dan 4 actions(ECCR), sepanjang sesi pertemuan petang itu. Hj.Khalid Hashim dan Pn.Salleha Abd Kahar turut memberi pandangan dan idea bagi memulakan penulisan ini.

Kami sebulat suara untuk menyiapkan tugasan ini sehingga hari Sabtu, di SSI JB.
Insyaallah....

Tuesday, September 9, 2008

PENULISAN"THE COMMONWEALTH GOOD PRACTICE AWARD 2009" BERSEMPENA PERSIDANGAN CCEM KALI KE 17 DI KUALA LUMPUR

Sektor Pengurusan Sekolah JPNJ telah diminta menyedia dan mengemukakan satu program amalan terbaik yang telah dijalankan di sekolah KRK Johor bagi tujuan penyertaan program yang dinyatakan di atas. Beberapa orang penyelaras KRK Daerah Johor Bahru dan guru Bahasa Inggeris di sekolah ynag terlibat telah diminta membantu membuat penulisan tersebut di dalam Bahasa Inggeris.

Perjumpaan pertama telah diadakan di SMK Tasek Utara pada 29 Ogos 2008 yang lalu.Pengetua sekolah-sekolah terlibat telah bermesyuarat bersama Tn.Hj.Khalid Hashim.Di perjumpaan ini Hj.Khalid menyampaikan maklumat tentang penulisan itu dan seterusnya mengagihkan tugasan kepada Pengetua-pengetua untuk disudahkan.Setiap Pengetua telah mengarahkan setiap Penyelaras masing-masing mencari bahan dan menterjemahkan bahan dalam Bahasa Inggeris dan seterusnya dibuat dalam bentuk soft copy untuk dibentangkan di pertemuan kedua iaitu di Maktab Sultan Abu Bakar(MSAB) pada 5 Sept 2008.

Perjumpaan di MSAB telah dipengerusikan oleh Pn.Halimah Ali, Pengetua SMK Sultan Ismail(SSI).Pn.Halimah kemudian menyerahkan kepada Pn.Hajah Salleha Abd Kahar, Penolong PPD Pasir Gudang(Bahasa) untuk mempengerusikan mesyuarat ini memandangkan beliau akan menjadi penasihat dalam penulisan ini. Bacaan kali pertama telah dibuat dan beberapa pembetulan perlu dibuat setelah mendapati bahan-bahan yang dibawa dan dibentangkan itu seolah-olah tiada kaitan dan isi penulisan tidak begitu tepat dengan kehendak penulisan.

Satu perjumpaan diadakan semula pada 6 Sept 2008 di Bilik Mesyuarat SPS JPNJ.Di sini perkongsian ilmu telah di adakan dan semua sebulat suara dengan bentuk penulisan yang akan dibuat.Tugasan pada hari tersebut begitu mencabar kerana semua data perlu dibaca,diterjemah dan diubah ke dalam bentuk graf atau carta.Memandangkan kini bulan Ramadhan kami berhenti rehat hanya untuk solat Zohor,Cik Navin (SIGS) dan Pn. Daisy(SMK Mutiara Rini) juga tidak makan tengahari kerana risau tugasan tidak dapat disudahkan.Tugasan berlarutan hingga ke pukul 4 petang tetapi tugasan masih belum dapat diselesaikan dengan sempurna seperti yang dikehendaki.Setelah masing-masing kepenatan, Tn Hj Khalid mencadangkan satu lagi pertemuan diadakan pada Hari Isnin,8 Sept 2008 di SMK Mutiara Rini.

Perjumpaan kali keempat diadakan di SMK Mutiara Rini bagi pemurniaan penulisan.Perjumpaan pada jam 8.30 pagi itu berakhir pada jam 3.30 petang.Memandangkan ada perkara-perkara lain yang perlu dikemaskinikan sebelum "ProofReading" diadakan,kami semua bersetuju untuk mengadakan satu lagi pertemuan untuk membuat "makeover" ke atas penulisan kami.

Pada hari Selasa,9 Sept 2008 kami berkumpul di SMK Sultan Ismail(SSI).Di sini kerja-kerja menghalusi penulisan dari pelbagai aspek diberi penekanan.Di sini juga kami mencari dan memasukkan gambar yang sesuai dengan tajuk penulisan.Setiap seorang daripada kami memberi idea supaya hasilnya dapat memuaskan hati.

Tepat jam 4.30 petang kerja-kerja bagi menyiapkan satu penulisan akhirnya terlaksana.Kami mengambil kata sepakat untuk menjilidkannya sebelum diserahkan pada Tn.Hj.Khalid dan Pengetua-pengetua untuk perjumpaan keesokan harinya.

Jam 9.00 pagi kami bertemu buat kesekian kalinya.Perjumpaan diadakan di makmal komputer SMK Tasek Utara.Hanya Hajah Zainab Ali,Pengetua SMK Tasek Utara dapat melapangkan masa seketika untuk sesi ini.Penegetua-pengetua lain menyampaikan pesanan melalui uru-guru yang mewakili mereka.selepas mendengar beberapa komentar dari para pengetua,kami membuat sedikit lagi perubahan ke atas penulisan kami.

Program yang pada mulanya kami namakan sebagai "Special Elite Class Programme" ditukar kepada "Special Excellence Class Programme" selepas mengambil kira pandangan semua pihak.

Sebaik sahaja kami memasukkan Executive Summary di muka hadapan dan mengisi butiran yang perlu, kami diberikan satu lagi tugasan yang tidak kurang cabarannya.Membuat satu lagi penulisan yang berkisar dengan prinsip Blue Ocean Strategy atau lebih popular dengan singkatan B.O.S.