»

Wednesday, August 27, 2008

PIAGAM PELANGGAN

KAMI WARGA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
TASEK UTARA JOHOR BAHRU
PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN
MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK:
1. Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi
memenuhi kehendak individu,masyarakat daan negara serta memenuhi
matlamat perpaduan negara.
2. Memastikan staf yang mencukupi serta dedikasi, komited, berdisiplin,
bertanggungjawab dan produktif.
3. Memastikan pengajaran/pembelajaran dimulakan pada hari pertama persekolahan.
4. Menentukan setiap guru dan kakitangan sekolah dapat berkhidmat dengan cekap
dan berkesan sepanjang masa.
5. Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan
pelanggan yang terdiri daripada pelajar, ibu bapa, masyarakat dan negara.
6. Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera
kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.
7. Menentukan segala urusan surat menyurat, laporan dan maklumat diberi
perhatian dan tindakan segera dengan tepat kepada yang berkenaan.
8. Mewujudkan persekitaran dan budaya sekolah yang kondusif ke arah
melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis selaras dengan hasrat
falsafah pendidikan negara.

VISI, MISI,FALSAFAH, MATLAMAT & OBJEKTIF SMK TASEK UTARA,JB.

VISI SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara akan menjadi
Sekolah Cemerlang menjelang 2010.


MISI SEKOLAH

Sekolah Menengah Tasek Utara berusaha dengan dedikasi memberikan
pendidikan yang berkualiti dalam bidang kurikulum,kokurikulum,
sahsiah serta mewujudkan iklim sekolah yang kondusif berdasarkan
pengurusan efektif.


FALSAFAH SEKOLAH

Sesungguhnya pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan
Tasek Utara adalah satu proses yang berusaha untuk
melahirkan pelajar yang terdidik berlandaskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.Ia merupakan satu usaha yang dinamik
ke arah melahirkan pelajar yang berpotensi secara menyeluruh
dan bersepadu dalam semua aspek pendidikan kurikulum dan
kokurikulum memiliki keperibadian yang terpuji,berakhlak,
beriman dan berhemah tinggi,berwawasan dan bersemangat
waja serta cintakan tanah air.


MATLAMAT SEKOLAH


1. Mewujudkan satu sistem pengurusan yang efisien dan berkualiti
yang menyumbang kepada pencapaian wawasan organisasi.

2. Melahirkan warganegara yang berpendidikan,berdisiplin
dan bermoral tinggi yang dapat memberikan
sumbangan yang positif terhadap masyarakat,
agama,bangsa dan negara.

3. Menjaga kebajikan setiap individu untuk memelihara
keharmonian masyarakat sekolah.

4. Meningkatkan dan mengeratkan permuafakatan
dengan komuniti setempat ke arah
kecermelangan organisasi.



OBJEKTIF SEKOLAH

1. Mengamalkan sistem pengurusan yang berkualiti dan berhemah
pada setiap masa.

2. Meningkatkan prestasi akademik terutamanya dalam peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia serta
bidang Kokurikulum, dari segi kualiti dan kuantiti.

3. Memupuk minat pelajar-pelajar damalm bidang Kesenian dan
Kebudayaan Kebangsaan.

4. Menanam semangat cintakan sekolah dan perasaan kekitaan
dengan menghargai setiap usaha dari kegiatan-kegiatan
yang bertujuan mencapai matlamat ini.

5. Memelihara keadaan yang harmoni,bersatupadu,hormat-menghormati
dan bekerjasama di kalangan pelajar,guru dan kakitangan sekolah.

6. Mewujudkan golongan pelajar yang peka kepada perubahan dan
keperluan dalam konteks semasa.

7. Menimbulkan kesedaran bahawa setiap pelajar adalah
individu yang berpotensi dan berharga yang
merupakan aset kepada negara.

8. Mewujudkan dan memelihara suasana alam sekeliling
sekolah yang sihat,ceria dan merangsang minda.


Tuesday, August 26, 2008

SEKOLAHKU.... SMK TASEK UTARA





ANALISIS PENCAPAIAN PELAJAR KRK DALAM UPSR 2005-2007 SMK TASEK UTARA











CARTA ORGANISASI KRK SMK TASEK UTARA 2008


TAKWIM PROGRAM KRK SMKTU 2008

SEJARAH KRK DI SMK TASEK UTARA,JB


Tahun 2005 adalah tahun pertama Kelas Rancangan Khas(KRK) ditubuhkan di SMK TASEK UTARA.Seramai 74 orang putra-putri ditempatkan di sini.Pelajar perintis ini telah ditempatkan di dua kelas iaitu di kelas 1PM1 dan 1PM2.Pelajar ini telah menduduki peperiksaan PMR pada tahun 2007 yang lalu.
Perintis KRK 2005

SEJARAH PENUBUHAN SMK TASEK UTARA JOHOR BAHRU

Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara telah ditubuhkan pada 5 Januari 1969. Pada awalnya merupakan sebuah sekolah cawangan kepada SMK Sultan Ismail Johor Bahru. Ketika penubuhannya seramai 844 orang pelajar dan 35 orang guru ditempatkan di bekas bangunan Asrama Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim di Jalan Tasek Utara.
Akibat daripada sambutan yang menggalakkan dari masyarakat Bandar Baru Uda dengan pertambahan jumlah pelajar kepada 988 orang, maka pada 1 September 1973 sekolah ini telah dipisahkan dari sekolah induknya. Sekolah ini kemudiannya menjadi antara sekolah menengah rendah beraliran kebangsaan yang ulung di daerah Johor Bahru setelah bangunan barunya (sekolah sekarang ini) siap dibina di Jalan Tun Abdul Razak Johor Bahru.
Pada tahun 1977, sekolah ini telah menjadi sekolah menengah penuh apabila menerima pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 aliran sastera dengan jumlah pelajarnya menjangkau 1369 orang. Aliran Sains mula dibuka pada tahun 1980 dan pada 1981 pintunya dibuka untuk menerima pelajar-pelajar Kelas Peralihan. pada tahun 1992, sekolah ini menerima pelajar-pelajar Rancangan Khas Agama. Pelajar-pelajar Aliran Agama ini ditempatkan di Asrama Pusat Putera Johor Bahru. Pada tahun 2005, Kelas Rancangan Khas (KRK) telah dibuka dengan menempatkan seramai 74 orang pelajar. 2 kelas telah diperuntukkan bagi pelajar perintis KRK ini.
Sekolah ini terletak di atas sebidang tanah seluas 10 ekar dengan jarak jauhnya dari Bandaraya Johor Bahru kira-kira 7 kilometer. Pada asalnya sekolah ini mempunyai 3 blok bangunan, 2 blok yang terdiri daripada bangunan 3 tingkat dan 1 bangunan 2 tingkat sahaja. Pada tahun1991, 4 bilik bangunan PGR siap dan dapat digunakan diikuti pada tahun1993 sebuah lagi bangunan KBSM siap. Pada akhir 1998, Dewan Besar yang diidam-idamkan telah didirikan hasil daripada usaha gigih PIBG, 90% telah berjaya disiapkan dan dapat digunakan. Usaha untuk menaiktaraf dewan tersebut diteruskan dari semasa ke semasa.
Dengan motto sekolah, "TEKUN USAHA JAYA" yang diambil dari huruf awal Tasek Utara Johor (T,U dan J) juga huruf awal jawi (Ta,Alif dan Jim) yang dijadikan logo sekolah, diperkasa dengan kegigihan "WARGA TASEK" kami penuh percaya sekolah ini akan terus berkembang cemerlang seiring dan setanding dengan sekolah-sekolah lain yang terdapat di Malaysia.

LOGO SEKOLAH





Logo ini mengandungi 2 jenis bentuk yang tertentu iaitu bentuk perisai dan pita dibawah.Perisai dimaksudkan sebagai melambangkan satu badan, pertubuhan atau institusi pengajian dibawah naungan Akta Pelajaran Malaysia.Di bahagian atas perisai ini, terdapat bentuk bumbung rumah Melayu yang melambangkan sebagai jenis sekolah atau aliran kebangsaan.



Perisai ini dibahagikan kepada empat bahagian melintang, dimaksudkan ada empat pasukan rumah sukan yang diberi maksud:




Taming Sari : Rumah Kuning

Sundang : Rumah Biru

Sempena Riau : Rumah Hijau

Majapahit : Rumah Merah


Huruf-huruf bersilang-kait "Ta,Alif dan Jim" ia adalan huruf-huruf pangkal tulisan jawi Tasek Utara Johor juga tulisan "Tekun Usaha Jaya" dalam ejaan jawi adalah menjadi cogan kata sekolah ini.Tulisan jawi adalah salah satu tulisan rasmi Kerajaan Johor.Di bawah bahagian perisai terdapat pula bentuk tasek sebagai latar belakang "Utara".Dibahagian bawah perisai ini terdapat bentuk pita, dengan tulisannya perkataan Tekun Usaha Jaya sebagai cogan kata sekolah.

WARNA:

Keemasan melambangkan kemuliaan darjah-darjah kebesaran Sultan yang berdaulat sebagai yang dipertua dan penaung rakyat serta ketua hal ehwal agama.

Biru (Turquoise) melambangkan taat setia rakyat kepada Sultan dan Negeri.Juga merupakan pakaian seragam murid-murid sekolah menengah di seluruh Malaysia.

HAL-HAL LAIN:

Logo ini telah digunakan pada tahun 1972 semasa sekolah ini dibawah pentadbiran Tuan Sheikh Abdullah Bin Abdul Rahman guru besar sekolah ini mulai 1971-1988.

CIPTAAN:

Logo ini adalah hasil ciptaan En.Md Salleh Bin Mohd.Dari Pejabat Arkitek Jabatan Kerjaraya Johor,Johor Bahru.Beliau juga Pengerusi Persatuan Pelukis-pelukis Johor(PERLU).


SEJARAH NAMA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TASEK UTARA

Pada masa dahulu mengikut perkembangan sejarah Daerah Johor Bahru, pada tahun 1985 di kawasan bandaraya Johor Bahru ada dua buah tasik yang dikenali sebagai "Tasek Utara" dan "Tasek Selatan". Disebabkan perkembangan di sekitar kawasan bandar sejak tahun 1985 maka, tasek Selatan telah ditambakratakan untuk memperelok lagi Bandar Johor Bahru bagi memberi kemudahan tapak untuk mendirikan bangunan Mahkamah Tinggi dan bangunan-bangunan yang lain. Tinggallah Tasek Utara sahaja sebagai sebuah tasik untuk melegeh air agar dapat membekalkan air tapisnya ke seluruh Bandar Johor Bahru. Tasek Utara terkenal dengan keindahan alam semulajadinya.




Selepas Semenanjung Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan seterusnya pembentukkan Malaysia, Kerajaan Negeri Johor telah mengambil inisiatif dengan memperelokkan lagi kawasan tasik ini. Kawasan tersebut telah menjadi daya penarik pengunjung-pengunjung sebagai satu tempat rekreasi, persembahan kebudayaan dan kraftangan negeri Johor. Ianya juga sebagai salah satu destinasi pelancongan di negeri Johor, lengkap dengan chalet di sepanjang pinggir tasik tersebut yang dikenali sebagai TAMAN TASEK JOHOR BAHRU. Sekarang semua hanya tinggal kenangan. Walaubagaimanapun "Roh" Tasek Utara tetap bersemadi dalam setiap jiwa raga Warga Tasek.




Selaras dengan itu, nama Tasek Utara telah digunakan oleh sekolah bersempena dengan kedudukan asal penubuhannya (1969) di bangunan Asrama Malayan Teachers College Johor Bahru iaitu di Jalan Tasek Utara yang merupakan sambungan Jalan Ulu Air Molek, cawangan dari Jalan Yahya Awal. Kebetulan pula, bangunan barunya (didirikan pada 1972) terletak di atas sebuah bukit bahagian utara tasik tersebut iaitu dalam kawasan Kampung Temenggong di Jalan Larkin (sekarang Jalan Tun Abdul Razak).







Monday, August 25, 2008

PEMBINAAN BLOG SPOT UNTUK BAHAN WEBSITE KRK JOHOR

Hari ini Selasa,26 Ogos beberapa orang penyelaras KRK sekolah-sekolah KRK Johor diberi tunjuk ajar ole En. Khidir Bin Hj. Ibrahim dari SMK Penggawa Barat, Pontian untuk mempelajari cara-cara membuat blogspot untuk bahan website Portal KRK.

Apa yang diajari sebenarnya tidak begitu mencabar minda penyelaras kerana semua yang hadir hari ini dapat menyediakan blogspot sekolah masing-masing dengan jayanya dalam beberapa jam sahaja.



Pertemuan kedua adalah di Sekolah Tinggi Muar, Penyelaras dan Pengetua telah menghadiri mesyuarat ini.Perjumpaan ini adalah bertujuan untuk mewar-warkan perluasan sekolah KRK dari 35 buah kepada 83 buah.Apa yang lebih penting adalah untuk membincangkan Program Kecemerlangan PMR 08 dan Anugerah Cemerlang PMR 07.

AKTIVITI KRK 2008

Pertemuan kali pertama di SMK Bandar Penawar adalah aktiviti pembuka tirai bagi tahun 2008.Dalam pertemuan ini data pencapian PMR KRK Johor 2007 telah dibentangkan.Pelbagai kekutan dan kelemahan sekolah dan pelajar KRK diketengahkan untuk renungan dan penambahbaikan semua pihak.