Selepas Semenanjung Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan seterusnya pembentukkan Malaysia, Kerajaan Negeri Johor telah mengambil inisiatif dengan memperelokkan lagi kawasan tasik ini. Kawasan tersebut telah menjadi daya penarik pengunjung-pengunjung sebagai satu tempat rekreasi, persembahan kebudayaan dan kraftangan negeri Johor. Ianya juga sebagai salah satu destinasi pelancongan di negeri Johor, lengkap dengan chalet di sepanjang pinggir tasik tersebut yang dikenali sebagai TAMAN TASEK JOHOR BAHRU. Sekarang semua hanya tinggal kenangan. Walaubagaimanapun "Roh" Tasek Utara tetap bersemadi dalam setiap jiwa raga Warga Tasek.
Selaras dengan itu, nama Tasek Utara telah digunakan oleh sekolah bersempena dengan kedudukan asal penubuhannya (1969) di bangunan Asrama Malayan Teachers College Johor Bahru iaitu di Jalan Tasek Utara yang merupakan sambungan Jalan Ulu Air Molek, cawangan dari Jalan Yahya Awal. Kebetulan pula, bangunan barunya (didirikan pada 1972) terletak di atas sebuah bukit bahagian utara tasik tersebut iaitu dalam kawasan Kampung Temenggong di Jalan Larkin (sekarang Jalan Tun Abdul Razak).
0 comments:
Post a Comment