»

Wednesday, October 15, 2008

MESYUARAT MAJLIS PERHUBUNGAN PENGETUA KRK BIL 1/2008 DAERAH JOHOR BAHRU.

9 Oktober -Jam 2.00 petang yang lalu, Pengetua dan Penyelaras 13 buah sekolah KRK telah bermesyuarat untuk membincangkan mengenai Karnival peringkat daerah.Keputusan sebulat suara telah diambil untuk melaksanakan karnival ini selama 2 hari iaitu pada 21 dan 22hb Oktober ini.

Sekolah-sekolah yang terlibat ialah SDJ untuk pertandingan scrabble dan catur, SMK BBU terlibat untuk pertandingan Public Speaking dan pidato,SMK Mohd Khalid akan menyelaras pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik manakala acara Pantun akan diwakili terus oleh SMK Skudai.Acara Pentaque telah dibatalkan ke pertandingan peringkat negeri maka peringkat daerah juga telah ditiadakan.

Pada hal-hal lain, pembinaan blog peringkat daerah Johor Bahru telah disentuh dan satu keputusan telah dibuat iaitu, perjumpaan Penyelaras dan seorang pembantu akan diadakan pada 17hb Oktober jam 2.00 petang di Makmal ICT SMK Tasek Utara.

0 comments: